APA KATA MEREKA?
PENJIMATAN

  “Saya berpendapat better jimat benda-benda kecil macam kertas. Macam internet tu saya  rasa sepatutnya dibuka sebab benda tu keperluan kami. Streamyx mereka bayar tapi kadang-kadang still tak boleh guna, nak sekat pun better buka berjadual. Lagi satu sebenarnya penjimatan barang-barang yang bukan keperluan itu lebih penting.”
  (FATIN HAZWANI HASHIM, TAMHIDI PERGIGIAN)


  “ Saya berpendapat penjimatan adalah bagus lagi-lagi dari segi jamuan. Pihak USIM juga perlu mengadakan kempen tentang penjimatan di kolej-kolej kediaman mahupun di dalam kawasan USIM sendiri. Penjimatan perlu diteruskan pada masa yang akan datang agar kolej kediaman yang sedang dibina di dalam kampus dapat disiapkan dengan kadar segera.”
        (KASWATI MAT LAZIM, TAHUN 4, FPQS)


  “Pada pendapat saya penjimatan yang berlaku di USIM sekarang ini merupakan aktiviti yang dapat memberikan faedah kepada USIM itu sendiri. Ini dapat mengajar semua yang berada di USIM seperti pelajar dan pensyarah untuk berjimat cermat dalam menjalani kehidupan seharian. Penjimatan ini juga bukan sahaja membantu kerajaan untuk mengurangkan kos malah memberikan pendedahan tentang berjimat cermat pada ekonomi masa kini.
           (ZURAIDAH ISMAIL, TAHUN 3, FKP)

  “Mahasiswa dan  mahasiswi USIM hendaklah memandang isu penjimatan ini dengan fikiran yang matang dan hati yang terbuka. Ada sebab mengapa penjimatan berlaku di USIM. Berkelakuanlah mengikut situasi dan keadaan semasa. Belajar untuk bersyukur dengan apa yang kita dapat. Mungkin sesetengah perkara tidak patut berlaku seperti lab komputer tidak dibuka dan air cond yang tidak dipasang tapi inilah cabaran masa sekarang. Jihad untuk menuntut ilmu menuntut ilmu.”
         (FARHANA ABDUL AZIZ, TAHUN 3, FST)


Picture
  “Saya berpendapat penjimatan yang sedang dilakukan oleh pihak USIM sekarang ni banyak menyusahkan pelajar sahaja. Bajet yang diperuntukkan oleh HEP untuk fakulti pun tiada. Kalau nak buat apa-apa program kena cari modal sendiri. Kiranya saya tak suka la USIM buat jimat macam ni.”
             (AHMAD FAHMI MHD YUSOFF, TAHUN 3, FEM)



Picture
  “Pada pendapat saya, kalau pihak USIM rasa nak berjimat tu memang boleh ditentukan, tapi macam sekarang ni tak kena caranya. Sampai ada sesetengah pelajar kata, time kuliah pun tak ada air cond. Kalau macam kat DKU kat FPQS pulak, lampu dan air cond terbuka je memanjang tapi tidak digunakan  untuk kuliah pun. Itu merupakan satu bentuk pembaziran.”
(MUHAMMAD ZAKIR GIMAN, TAHUN 1, FPQS)




ISU KALIMAH ALLAH


Picture
“Umat Islam pada zaman ini harus sedar bahawa non-muslim sentiasa mencari jalan untuk menghancurkan umat Islam dengan pelbagai cara. Isu penggunaan kalimah Allah ini berkemungkinan berpunca daripada propaganda daripada orang kristian untuk mengelirukan akidah umat  Islam. Oleh itu, umat Islam pada ketika ini mestilah bersatu dan kuat dalam pelbagai aspek terutamanya pemuda Islam supaya Islam tidak tertindas dan dihina.”
                    
(NURUL HUDA RODZI@FODZI, TAHUN 3, FKP)




Picture
“Pada pendapat saya, isu kalimah Allah ini tidak sesuai digunakan oleh semua agama kerana fahaman tentang agama Allah dari sisi agama lain sangat-sangat berbeza berbanding kita, kalau pada pandangan kita Allah itu sebagai tuhan yang Esa disembah dan kita percaya Allah ada dan tidak boleh digambarkan dan apa-apa dari fahaman kita sendiri.”

                     (MUHD. ANUAR OMAR, TAHUN 3, FPQS)

 



Picture
  “Pada pendapat saya, di dalam kitab suci  Al-Quran ada ayat yang menjelaskan Allah Tuhan sekalian alam. Jadi, semua makhluk di dunia boleh menggunakan tetapi difikirkan akan agenda-agenda orang yang tidak patut, rasanya memang tidak patut agama lain menggunakan kalimah suci orang islam (Allah). Sesungguhnya agama yang diredhai Allah adalah agama Islam, bimbang akan agenda disebalik permintaan paderi akan kalimah nama Allah. Muncul agama pluralisme (semua agama adalah sama) untuk generasi akan datang.”

(NOR AFIQAH ZAHRI, TAHUN 2, FEM)


Picture
  “Saya berpendapat musykilah tentang kalimah Allah ini banyak pendapat, ada yang kata bila nak guna kalimah Allah, segala kepercayaan mesti dikembalikan kepada-Nya. Selain itu, di Malaysia kalimah Allah agak sensitif. Biasanya digunakan untuk orang Malaysia yang pelbagai bangsa tapi tak kisah agama apa. Kalau di luar negara pula semua agama boleh guna kalimah Allah  sebab mereka merujuk kepada tuhan, tak kisah la kalau jumpa bible kalimah Allah.”
              
 
(SITI FARHANAH DZUKI, TAHUN 1, FPBU)




Picture
  “Saya berpendapat sebenarnya yang meminta untuk menggunakan kalimah Allah ini hanya untuk kristian kantolik sahaja. Kristian ini mempunyai  banyak aliran. Walaupun mereka tidak bersatu padu tetapi mereka mempunyai satu matlamat untuk menjatuhkan umat Islam pada masa kini  supaya mereka boleh  menguasai dunia.”

       (MUHAMMAD YUSUF MD NOH, TAHUN 3, FPQS)


 


Picture
  “Saya berpendapat, memanglah Allah itu tuhan. Semua agama percaya tuhan itu Allah. Jadi kalau dia orang mahu nama Allah maknanya dalam penggunaan itu sama dengan orang kafir. Walaupun masa zaman nabi dulu dia orang guna nama Allah tapi itu orang arab, dekat Malaysia, jadi dia orang tidak tahu bahasa arab jadi kalau diaorang gunakan sebarangan takut nanti dia orang salah gunakan nama itu ditempat yang tidak sepatutnya digunakan, tapi yang pastinya tidak patutlah. Itu yang membezakan kita dengan orang bukan Islam.”

 
(MUHAMMAD FAUZI ALI,  TAHUN 4, FKP)